Monday, February 21, 2011

Card Making #1

Remember my post about 'Kad Ucapan' ? Mesti punyalah korang ingat…Alaa yang ada lembu tu…hahaha. So since that post, tetiba datang pulak angin rajin nak buat kad ni. It was for a 1 year old boy, Ahmad Haikal Zikry. Ahmad Haikal Zikry ni anak buah kepada En Boyfie saya. Both of us first decided to share the presents. Mula2 tu tak terfikir pulak nak bagi kad. Nak beli pun masa tak mengizinkan sangat. En Boyfie pun busy nak masak and saya sendiri tak keluar rumah. So I’ve decided to make the card.

The next day I searched on card making. Nak cari idea. Punyalah semangat kan. Hehehe. Tengok kad2 yang dorang buat memang sangat cantik dan sangat kreatif. Jealous tengok sebab dorang kreatif sangat. Hahaha. Dah puas google, jumpalah yang berkenan di hati. The idea was from here. Rasa cantik bila tengok pop up cards. At first ingat nak buat pop up words like in here, tulis ‘Happy Birthday’. Tapi bila try buat macam tak kena, tak menjadi. Ke saya yang tak paham tutorialnya…? Hahaha. Bila tak menjadi tu, tukarlah ke alternatif lain. Buat pop up cake pulak macam dalam entry ni. Pop up cake tu kat bahagian dalam. Muka depan pulak saya print gambar Haikal. Printer ada, glossy paper pun banyak, so might as well I just print it. Senang cerita.

Basically my card was very very very simple sebab material terhad. Itu pun bernasib baik ada kertas warna zaman dulu kala. Walaupun simple, tapi makan masa jugaklah…It was tedious work. Nak gunting star kecik2, glue it, print the wordings lagi…banyak keja gunting-menggunting dan tampal-menampal.

So, jom tengok macam mana rupa kad yang saya buat…

DSC00624 The front page…the collection of Haikals’ pictures

DSC00625 Inside the card…the pop up cake with a candle and number 1

 DSC00619 And finally from us, Uncle Ateh and Aunty Anne :)

It was a very simple card, right? It was my first attempt after so many years I haven’t make a card. Mungkin lepas ni saya akan membuat kad lagi jika ada kelapangan. Siapa tahu kan…? :) But before that, kena beli materials untuk menyerikan lagi kad2 yang akan dibuat :)

Monday, February 14, 2011

Joyful Monday

Alhamdulillah segala puji kepada Allah…akhirnya, dapat jugak tahu result untuk last semester. Setelah lama menunggu…And the result really surprised me. Ohhh I really can’t believe it. And of course I’m really really really thankful for that. Syukur Alhamdulillah :) The hardships pay off.

Sungguh tak percaya dengan result yang dapat. Sampai tengok 2 kali. Hahaha. Serius memang cuak nak tahu result untuk dissertation. Yela, korang pun tahu kan macam mana tekanan yang saya alami sepanjang nak menyudahkan kerja2 dissertation ni; the challenge during Ramadhan, the headache, perangai manusia yang entah apa2 dan viva. Sangat penat, stress, tension, sedih, kecewa dan sebagainya. All in 1.

Pelbagai cabaran harus ditempuhi. Memang tak tercapai dek akal. Sampai tak tido malam. Lepas subuh baru tido. Buat correction untuk memuaskan hati panels but indeed I was satisfied too. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, dorongan dan sokongan dari semua pihak, siap juga dissertation saya.

Here I would like to express my highest gratitude to my supervisor, Prof Datin Dr Hanizah for her continuous support and guidance; my co-supervisors, Kak Baie and Kak Rina *walaupun kadang2 tu rasa agak bengang dengan mereka…hahaha*; my parents for their continuous support and pray; lab technicians yang baik hati tolong hantar saya dan Shikin balik rumah malam2; students undergrad yang membantu walaupun towards the end dorang takde nak tolong; my boyfriend En Fairuz yang turun padang gak tolong buat keja :D; my best friend Nali yang sanggup tolong even aku tak belanja ko lagi :D and last but not least to my best friend, lab mate cum housemate Shikin…susah senang kitorang bersama, mengeluh bersama, tak suka orang yang sama bersama, bengang bersama…hahahaha

UiTM, see me in May 2011…in the new hall maybe…InsyaAllah :)

Friday, February 11, 2011

Glaukoma

Hye again!!! Hari saya nak tulis pasal kesihatan pula. Even though I’m not a medical student, kenalah tahu serba sedikit pasal kesihatan ni kan…

Kawan-kawan tahu tak apa itu Glaukoma? Haaa baik mengaku cepat…mesti tak tahu kan…Glaukoma adalah sejenis penyakit berkaitan dengan mata. Takut tak bila ianya berkaitan dengan mata…?huhuhu

Ok, let me give a brief explanation about this disease…

Apakah penyakit Glaukoma?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bola mata seseorang. Tekanan yang tinggi ini akan menyebabkan sel retina dan serabut saraf rosak sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu akan menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

DSC00614 Tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf bagi mata Glaukoma. Bagi mata normal, pengaliran masuk-keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Glaukoma Akut

  • menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata.
  • anak mata menjadi putih.
  • rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan.

Glaukoma Kronik

  • melarat perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan.
  • mangsa tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalu lambat mendapatkan rawatan.
  • ruang penglihatan menjadi semakin kecil.
  • penglihatan kabur dan rabun.
  • kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
  • kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

DSC00615

Peringatan

  • segera berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda Glaukoma.
  • membuat pemeriksaan mata setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
  • jalani pemeriksaan Glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Sekarang korang tahu la  serba sedikit pasal penyakit ni kan…For me, at first I don’t know about this disease until ibu suffer from it. Dari situ barulah tahu apa itu Glaukoma.

Mula2 ibu nampak macam glaring pada mata. After buat pemeriksaan, dapat tahu ada Glaukoma. Glaukoma ni penyakit keturunan. So kebarangkalian for me and the rest of family members ada chances untuk menghidap penyakit ni. Di tambah pula dengan background family belah bapak yang turut menghidapi penyakit ni. Few of my aunties also had this disease. Sorang makcik ni dah buat operation on left eyes dan kemudian nanti right eyes pula. Sorang lagi makcik pula dah buta sebelah mata. See, how dangerous this disease.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang search je kat internet. Last but not least, pemeriksaan awal dan rawatan awal boleh mengawal penyakit ini dari melarat. Eye drop and pills may reduce the pressure in the eye ball. Operation dilakukan apabila eye drop and pills tak dapat mengawal tekanan yang tinggi dalam mata.

Jagalah mata anda dari sekarang :)

Sumber: Risalah terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, February 9, 2011

Kad Ucapan

Hai…lama sungguh tak update blog ni. Dah ada lipas mati kot dalam ni. Hahaha. Actually bukan taknak update. Banyak je benda nak cerita. Tapi tula, bila tiba masa, takde idea la…takde mood la…Kesudahannya, tak tulis apa2. Hehehe. Sampaikan En Fairuz pun dah tanya bila nak update blog…huhuhu

Oklah, berbalik kepada topik di atas, korang selalu tak beli kad ucapan dan bagi pada seseorang? Mestilah ada kan…Tak kisah lah bagi kat mak ayah, adik-beradik, kawan2, kekasih hati and etc.

Kisah ni bermula apabila hari tu ibu kemas almari. Semuanya gara-gara anai-anai. Kalau tak kerana anai-anai tu, mungkin tak berlaku proses punggah-memungggah dan mungkin tak tengok kot kad2 yang telah diberi dulu. Masih dalam keadaan baik lagi kad2 tu. Selamatlah dari dimakan oleh anai-anai tu.

Dulu2 zaman 90-an rajin la buat kad. Maklumlah zaman kanak-kanak. Then kat sekolah kat ada belajar subjek Pendidikan Seni. So konon nak praktikkan la…hahaha. Lagipun dulu kan takde duit nak beli kad *sekarang pun takde duit jugak….pfffttt* Konon-konon kreatif la…

Hari tu tengok balik kad2 tu, tergelak besar dibuatnya. Lawak gila. Dalam hati dah berkata, “sengal la ko ni, Farhana”. Serius memang lawak. Kalau korang tengok pun mesti korang gelak guling2. Plus ayat2 yang ditulis lagi. Sungguh cacat. Hikhikhik.

Ok korang dah sedia nak gelak guling2…? Jom tengok hasil kerja tangan Farhana…hahahaha

DSC00604 Kad untuk Selamat Hari Ibu tahun 1998

DSC00605 Ucapan di dalam kad…hahaha

Kad di bawah ni, kreatif sikit la…buat bentuk love. Untuk anniversary ibu and bapak, so buatlah bentuk love.

DSC00609 22nd Anniversary, 1998

Macam apa je kan…maklumlah budak umur 12 tahun yang buat. Kecik2 dah pandai buat love2…hahaha. Main conteng2 ikut suka je. Pastu terlebih rajin pegi buat origami pulak. Dalam hati dah kutuk2 diri sendiri. Apalah motif buat benda alah tu. Haihhh memang kelakar…

DSC00610

DSC00611

Haaa kreatif kan…? :P

Dan akhir sekali, memang paling tak boleh blah tengok kad ni. Kad ni untuk 21st anniversary ibu and bapak, tahun 1997. Ok, siap sedia untuk gelak guling2 lagi sekali…

DSC00606 Muka hadapan…

Ok, mari tengok isi dalamnya pulak…

DSC00607 

Haaa betul kan korang gelak guling2…Kreatif kan…Lukis sendiri tu tau. Baru 11 tahun dah pandai lukis lembu. Kenapa lembu? Hahahaha saya sendiri pun tak tau. Ibu pun gelak besar bila tengok balik. Diri sendiri yang bagi dan tengok semula lagi lah gelak besar. Adeh Farhana ni…kelakar la…

Walaupun macam budak terencat yang buat kad ni, ibu tetap simpan. Hehehe…terima kasih la wahai ibu ku…tapi sekarang ni dah tak kreatif macam dulu. So beli ready made card je *alasan je tu*

Kadang2 tu memang tak seberapa benda yang kita buat untuk diberi pada orang…tapi orang tu akan sangat menghargainya. Mungkin sebab hasil dari tangan sendiri. Bukanlah nak kata kalau beli yang ready mada orang tak hargai…walau apapun pemberian kita, orang tersebut pasti akan hargainya :)

Thursday, January 6, 2011

The Decision

Has been made…which is I’m not accepting the offer. What’s the offer? To be a part-time lecturer at KLIUC.

Semalam hantar resume kat one of the lecturer at KLIUC, who is searching for this post. Tau pasal part-time lecturer ni pun dari one of my colleagues. *Thanks Kak Emi for informing me*

And I was the lucky one to be selected. First choice tau. Hahaha. She called and tell me the details…What subject I have to teach, the day and time of the class, the payment and I have not to worry about the notes and the tutorial…All are from the Professor who suppose to teach the subject.

But…

Due to certain reasons, I’ve declined the offer. The major reason is transportation. Am I going to back and forth to KLIUC from Klang? It is quite a long distance. Takkan nak susahkan bapak lagi. Dari kecik sampai besar bapak yang jemput and hantar. So that was the main reason.

Susah kan kalau takde kereta? *Alaa kat rumah ada je kereta tapi ko yang taknak bawak* Hahahaha…I mean my own car…

+ Kenapa takde kereta?

- Sebab ibu tak bagi beli lagi. Nak beli bila dah keja nanti

+ Tapi ada je yang tak keja dah ada kereta…

- Dorang tu kaya…banyak duit…

+ Tapi takkan dah dapat keja baru nak beli kereta…nanti nak pegi keja macam mana pulak…?

- Hurmm tak tahulah…tengok jela macam nanti. Nanti barulah terkial-kial nak cari kereta…huhuhu

Ok, saya bermonolog di sini…biarla semua persoalan itu berada di fikiranku…

I believe that there will be a better offer in the future. Semua tu urusan Allah. He knows the best. InsyaAllah rezeki tak ke mana. Semoga ada keja yang bersesuaian dengan diriku dan juga yang terbaik untuk En Boyfie…Aminnn~~Doakan kami berdua, ok! :)

Tuesday, January 4, 2011

Dilema…

Korang pun tau kan yang saya dah habis master. So sekarang masa untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan qualification saya la kan…

Tapi…

Saya takut nak keja. Hehe…maklumlah takde pengalaman. Takut kena hentam dengan senior, dengan bos…nanti dorang kata nama je ada master tapi tak reti buat keja…adusss…tu yang lomah…

Then orang akan kata kenapa tak jadi lecturer. Yela, sebab ada master kan…korang ingat senang ke nak jadi lecturer ni??? Huhuhu. As for me, I want to gain experience at the field first. Nanti takdela termangu-mangu bila ajar students. Students zaman sekarang ni boleh tahan gak dia punya kerek. Hahaha…

Bukan tak nak keja sekarang…memang nak keja, nak balas balik jasa ibu dan bapak. Ni duduk rumah perabih boras jek. Huhuhu…nak keluar dating pun fikir banyak kali sebab takde duit. Huhu

Tapi…

Kesian kat ibu dan bapak yang kena jaga cucu dorang yang sorang ni. Ibu and bapak tu dah la tak berapa sihat sangat. Lagi2 ibu. Semenjak kes hari tu, ibu cam tak sihat sangat. Pening2, banyak angin, rasa lemah. Dahla cucu sorang ni lasak sangat. Degil pun iya gak. Saya yang muda ni pun rasa tak larat nak jaga. Rasa nak geget2 je. So buat masa sekarang ni jadi assistant baby sitter la…Huhu. Papa Darin Alya a.k.a my brother pun bukan nak bagi upah. Cis cis!!! So dengan ada saya di rumah, takdela ibu and bapak penat sangat. Mandikan budak tu, tolong ibu masak ke…bapak pun kadang2 takde kat rumah. Appointment sana sini. Tu belum masuk bawak pakcik makcik pegi appointment. Takpe2, berkorban sikit sambil rehat2 dulu di rumah. Nanti dah keja takde masa pulak nak rehat kan…

Target bila dah dapat keja?

Haaa mesti la nak beli kereta…nak beli kereta apa ek…?? Hurmmm mazda 2 ok tak kawan2? Hahahaha. Jom tengok gambar sikit…Kot2 korang akan jeles ke…Hikhik

image mazda 2 sedan [pandangan depan]

image mazda 2 sedan [pandangan belakang]

imagemazda 2 hatch back [pandangan depan]

image  mazda 2 hatch back [pandangan belakang]

Cantik tak? Cantik tak? Hahahaha…

Korang doakan ye kot2 saya dapat beli kereta ni ke…Hehe *berangan la ko, Farhana* Huhuhu…Takpe2, kita aim dulu…Hehehe. Ada rezeki InsyaAllah dapat beli…

Tuesday, December 28, 2010

Bye bye 2010

Pejam celik pejam celik, dah nak ke penghujung 2010. Cepat sungguh masa berlalu kan? First half year terasa lambat masa berlalu. Masuk second half year, terasa begitu cepat masa berlalu. Dan Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di atas muka bumiNya.

Oklah, nak recap sepanjang 2010 ni…apa kejadian yang berlaku for each month. Jom kita recap :)

  • January
    • Permulaan bagi 2010 dan juga second semester. Biasela bila awal tahun ni cam slow dulu. Baru nak warm up la katakan. Hehe.
  • February
    • The first time ever happened in my life. It was the dengue fever. Ok, suspected je. Tapi hari2 ulang alik Pusat Kesihatan UiTM check darah. Hari2 jugaklah number of platlet turun. Hari2 minum air gelen2 *ok tipu. liter2 je kot :P * Then sampai satu tahap doctor suruh pegi hospital. Kenalah admit. Lucky just for 1 day and 1 night. Hohoho
  • March
    • Last month kena dengue, bulan ni left ankle sprained pulak. Two months in a row sakit. Kaki bengkak giler, besar giler dan sakit giler…payah giler nak jalan. Huhuhu. Berbungkus jela…sekarang ni kena berhati2 dengan kaki kiri ni dan bila jalan tu. Huhu. Jom tengok gambar sikit…

image image

  • April
    • New handphone!!! Kaki sakit, telefon pun nak sakit gak. Tetiba je skrin tak mau nyala. Pakai jap telefon lama ibu tapi hilang kesabaran la…sebab telefon tu pun kejap2 kong. Hahaha. Last2 beli gak. Jalan dengan kaki yang sakit.
  • May
    • En Boyfie’s convocation! Siap masuk dewan tau teman mak dia. Hehe…
    • Weddings…ramai kawan2 yang mendirikan rumah tangga…tahniah! :)
  • June
    • Takde peristiwa menarik sangat kot. Macam biasa lah busy dengan kerja2 lab. Tapi sempat gak pegi tengok wayang. Release tension, ok! ;)
  • July
    • The most terrifying moment!!! Rumah sewa kena pecah masuk. Alhamdulillah semua selamat. Semenjak kejadian tu, extra caution diletakkan pada pintu rumah dan pintu bilik. Yang bestnya, tak berani tido sorang dalam bilik. Gilir2 tido bilik kawan. Hahaha
  • August
    • Bulan Ramadhan bermula. Stress dengan lab work. Mengejar masa nak siapkan specimens. Memang penat. Huhu. Dengan perangai manusia yang entah apa2…Takpe, abaikan je dorang tu…hahaha
  • September
    • Selamat Hari Raya Aidilfitri!! Alhamdulillah masih dapat duit raya. Tahun terakhir dapat duit raya. Huhuhu. Dalam pada gembira2 tu, cam gila gak la dengan dissertation. Huhuhu
  • October
    • It was my birthday!! Happy birthday to me :) and also hectic month. Tak tido malam siapkan report yang kena hantar. Cam zombie dah. Hahaha
  • November
    • Viva…and it was the finale…
  • December
    • Settle semua report bagai. Pening dah hadap benda tu. Sakit otak den. Alhamdulillah selesai master…sekarang tunggu result penuh…

Tahun 2011 bakal menjelang tak lama lagi. Azam? Erm tak pernah ada azam kot. Hehe. Cuma berharap tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010. InsyaAllah…

Jutaan terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu sepanjang tahun 2010 ni, masa sakit dulu…Allah saja yang dapat membalas budi kalian.