Wednesday, February 23, 2011

Darin Alyas’ Vocabularies

Alhamdulillah, she’s now 1 year, 4 months and 5 days. Time flies very fast and how I’m eager to see her grow. For the time being, I’m the assistant baby sitter, helping my parents baby sitting her since I’m not working yet. Huhuhu…

She started to walk during age 10 months. Masa tu jalan tak berapa betul lagi. Sekarang ni kemain action lagi. Nak laju jek. Siap tak pandang depan masa jalan. Hebat kan Darin Alya ni…? Hehehe. But I can’t recalled what was her first word. Sekarang ni mulut dah bising. Cakap ikut bahasa dia jek. Kadang tu, anggukkan je apa yang dia cakap. Hahaha. Certain words yang dia selalu cakap tu paham lah…

Ok, now let’s learn Darin Alyas’ words ;) *the one in blue and bold are the words she said*

+ Ayin Aya – Darin Alya ( Which is her name. Kalau tunjuk gambar dia dan tanya siapa, she will said ‘Ayin Aya’ )

+ Baba – Baby ( Dekat rumah ada kotak pampers Mammy Poko and dekat kotak ada gambar baby. She’ll pointed at the box and said ‘baba’…hahaha. The box is like the picture below )

+ Baba – Bear ( Dulu pandai je sebut ‘bear bear’, tapi sekarang dah tukar pulak…hehehe )

+ Dog – Of course la for dog ;)

+ Duduk – Duduk ( Pandai je suruh orang duduk. Tapi bila kita suruh dia duduk kemain susah lagi )

+ Fish - Fish

+ Nak – Nak (If she wants something, she’ll said ‘nak nak’ )

+ Nanak – Tak nak ( If she doesn’t want something, beria dia cakap ‘nanak’…kadang tu confuse dibuatnya. Hahaha )

+ Memey – Cat/Kucing ( Bukan Memey Shuhaida pelakon tu tau :P Dekat rumah ada kucing. Asal nampak je kucing, bising la mulut dia cakap ‘memey memey’ )

+ Shup – Soup

+ Shoe – For shoes

+ Sock – For socks

Tu je kot…kalau ada yang lain, will be update later, ok! :)

Walaupun kita tak paham apa yang dia cakap, tapi dia paham apa yang kita cakap. TAPI kadang tu dia buat tak heran je. Lagi2 kalau kita larang atau tegah dia. Lagi dia buat ada lah…sabar jela, Farhana…

Bila tanya ‘Shoe mana?’, dia akan tunjuk kat mana tempat shoe dia diletak. Tapi sekarang ni pandai pulak pegi bukak shoe cabinet kat rumah tu. Ish ish ish…Kalau sesiapa balik dan bawak masuk kasut dalam rumah, dia akan tunjuk show cabinet…Konon nak suruh simpan dalam tu la…hahaha. Then tunjuk pulak tempat letak kunci kereta…Pandai je budak ni la…

Bila tanya ‘Ketiak mana?’, dia tunjuk ketiak dia…Tanya ‘Rambut mana?’, dia tunjuk rambut dia. And the best part is when you ask her ‘Mata mana?’ or ‘Hidung mana?’, dia tunjuk mata and hidung kita. Hahaha.

That’s all I guess for now. Will story more about her later on. But before that, let’s enjoy her few pictures :)

DSCN0545 In a car with Garfield :)

DSCN0540 Enjoying eating my meal :)

DSCN0556 I’m in a box and ready to be posted ;)

DSC00613 Ismi Ustazah Darin Alya :)

 

 

Until now…See you then…Take care people :)

Monday, February 21, 2011

Card Making #1

Remember my post about 'Kad Ucapan' ? Mesti punyalah korang ingat…Alaa yang ada lembu tu…hahaha. So since that post, tetiba datang pulak angin rajin nak buat kad ni. It was for a 1 year old boy, Ahmad Haikal Zikry. Ahmad Haikal Zikry ni anak buah kepada En Boyfie saya. Both of us first decided to share the presents. Mula2 tu tak terfikir pulak nak bagi kad. Nak beli pun masa tak mengizinkan sangat. En Boyfie pun busy nak masak and saya sendiri tak keluar rumah. So I’ve decided to make the card.

The next day I searched on card making. Nak cari idea. Punyalah semangat kan. Hehehe. Tengok kad2 yang dorang buat memang sangat cantik dan sangat kreatif. Jealous tengok sebab dorang kreatif sangat. Hahaha. Dah puas google, jumpalah yang berkenan di hati. The idea was from here. Rasa cantik bila tengok pop up cards. At first ingat nak buat pop up words like in here, tulis ‘Happy Birthday’. Tapi bila try buat macam tak kena, tak menjadi. Ke saya yang tak paham tutorialnya…? Hahaha. Bila tak menjadi tu, tukarlah ke alternatif lain. Buat pop up cake pulak macam dalam entry ni. Pop up cake tu kat bahagian dalam. Muka depan pulak saya print gambar Haikal. Printer ada, glossy paper pun banyak, so might as well I just print it. Senang cerita.

Basically my card was very very very simple sebab material terhad. Itu pun bernasib baik ada kertas warna zaman dulu kala. Walaupun simple, tapi makan masa jugaklah…It was tedious work. Nak gunting star kecik2, glue it, print the wordings lagi…banyak keja gunting-menggunting dan tampal-menampal.

So, jom tengok macam mana rupa kad yang saya buat…

DSC00624 The front page…the collection of Haikals’ pictures

DSC00625 Inside the card…the pop up cake with a candle and number 1

 DSC00619 And finally from us, Uncle Ateh and Aunty Anne :)

It was a very simple card, right? It was my first attempt after so many years I haven’t make a card. Mungkin lepas ni saya akan membuat kad lagi jika ada kelapangan. Siapa tahu kan…? :) But before that, kena beli materials untuk menyerikan lagi kad2 yang akan dibuat :)

Monday, February 14, 2011

Joyful Monday

Alhamdulillah segala puji kepada Allah…akhirnya, dapat jugak tahu result untuk last semester. Setelah lama menunggu…And the result really surprised me. Ohhh I really can’t believe it. And of course I’m really really really thankful for that. Syukur Alhamdulillah :) The hardships pay off.

Sungguh tak percaya dengan result yang dapat. Sampai tengok 2 kali. Hahaha. Serius memang cuak nak tahu result untuk dissertation. Yela, korang pun tahu kan macam mana tekanan yang saya alami sepanjang nak menyudahkan kerja2 dissertation ni; the challenge during Ramadhan, the headache, perangai manusia yang entah apa2 dan viva. Sangat penat, stress, tension, sedih, kecewa dan sebagainya. All in 1.

Pelbagai cabaran harus ditempuhi. Memang tak tercapai dek akal. Sampai tak tido malam. Lepas subuh baru tido. Buat correction untuk memuaskan hati panels but indeed I was satisfied too. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, dorongan dan sokongan dari semua pihak, siap juga dissertation saya.

Here I would like to express my highest gratitude to my supervisor, Prof Datin Dr Hanizah for her continuous support and guidance; my co-supervisors, Kak Baie and Kak Rina *walaupun kadang2 tu rasa agak bengang dengan mereka…hahaha*; my parents for their continuous support and pray; lab technicians yang baik hati tolong hantar saya dan Shikin balik rumah malam2; students undergrad yang membantu walaupun towards the end dorang takde nak tolong; my boyfriend En Fairuz yang turun padang gak tolong buat keja :D; my best friend Nali yang sanggup tolong even aku tak belanja ko lagi :D and last but not least to my best friend, lab mate cum housemate Shikin…susah senang kitorang bersama, mengeluh bersama, tak suka orang yang sama bersama, bengang bersama…hahahaha

UiTM, see me in May 2011…in the new hall maybe…InsyaAllah :)

Friday, February 11, 2011

Glaukoma

Hye again!!! Hari saya nak tulis pasal kesihatan pula. Even though I’m not a medical student, kenalah tahu serba sedikit pasal kesihatan ni kan…

Kawan-kawan tahu tak apa itu Glaukoma? Haaa baik mengaku cepat…mesti tak tahu kan…Glaukoma adalah sejenis penyakit berkaitan dengan mata. Takut tak bila ianya berkaitan dengan mata…?huhuhu

Ok, let me give a brief explanation about this disease…

Apakah penyakit Glaukoma?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bola mata seseorang. Tekanan yang tinggi ini akan menyebabkan sel retina dan serabut saraf rosak sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu akan menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

DSC00614 Tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf bagi mata Glaukoma. Bagi mata normal, pengaliran masuk-keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Glaukoma Akut

  • menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata.
  • anak mata menjadi putih.
  • rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan.

Glaukoma Kronik

  • melarat perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan.
  • mangsa tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalu lambat mendapatkan rawatan.
  • ruang penglihatan menjadi semakin kecil.
  • penglihatan kabur dan rabun.
  • kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
  • kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

DSC00615

Peringatan

  • segera berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda Glaukoma.
  • membuat pemeriksaan mata setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
  • jalani pemeriksaan Glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Sekarang korang tahu la  serba sedikit pasal penyakit ni kan…For me, at first I don’t know about this disease until ibu suffer from it. Dari situ barulah tahu apa itu Glaukoma.

Mula2 ibu nampak macam glaring pada mata. After buat pemeriksaan, dapat tahu ada Glaukoma. Glaukoma ni penyakit keturunan. So kebarangkalian for me and the rest of family members ada chances untuk menghidap penyakit ni. Di tambah pula dengan background family belah bapak yang turut menghidapi penyakit ni. Few of my aunties also had this disease. Sorang makcik ni dah buat operation on left eyes dan kemudian nanti right eyes pula. Sorang lagi makcik pula dah buta sebelah mata. See, how dangerous this disease.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang search je kat internet. Last but not least, pemeriksaan awal dan rawatan awal boleh mengawal penyakit ini dari melarat. Eye drop and pills may reduce the pressure in the eye ball. Operation dilakukan apabila eye drop and pills tak dapat mengawal tekanan yang tinggi dalam mata.

Jagalah mata anda dari sekarang :)

Sumber: Risalah terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, February 9, 2011

Kad Ucapan

Hai…lama sungguh tak update blog ni. Dah ada lipas mati kot dalam ni. Hahaha. Actually bukan taknak update. Banyak je benda nak cerita. Tapi tula, bila tiba masa, takde idea la…takde mood la…Kesudahannya, tak tulis apa2. Hehehe. Sampaikan En Fairuz pun dah tanya bila nak update blog…huhuhu

Oklah, berbalik kepada topik di atas, korang selalu tak beli kad ucapan dan bagi pada seseorang? Mestilah ada kan…Tak kisah lah bagi kat mak ayah, adik-beradik, kawan2, kekasih hati and etc.

Kisah ni bermula apabila hari tu ibu kemas almari. Semuanya gara-gara anai-anai. Kalau tak kerana anai-anai tu, mungkin tak berlaku proses punggah-memungggah dan mungkin tak tengok kot kad2 yang telah diberi dulu. Masih dalam keadaan baik lagi kad2 tu. Selamatlah dari dimakan oleh anai-anai tu.

Dulu2 zaman 90-an rajin la buat kad. Maklumlah zaman kanak-kanak. Then kat sekolah kat ada belajar subjek Pendidikan Seni. So konon nak praktikkan la…hahaha. Lagipun dulu kan takde duit nak beli kad *sekarang pun takde duit jugak….pfffttt* Konon-konon kreatif la…

Hari tu tengok balik kad2 tu, tergelak besar dibuatnya. Lawak gila. Dalam hati dah berkata, “sengal la ko ni, Farhana”. Serius memang lawak. Kalau korang tengok pun mesti korang gelak guling2. Plus ayat2 yang ditulis lagi. Sungguh cacat. Hikhikhik.

Ok korang dah sedia nak gelak guling2…? Jom tengok hasil kerja tangan Farhana…hahahaha

DSC00604 Kad untuk Selamat Hari Ibu tahun 1998

DSC00605 Ucapan di dalam kad…hahaha

Kad di bawah ni, kreatif sikit la…buat bentuk love. Untuk anniversary ibu and bapak, so buatlah bentuk love.

DSC00609 22nd Anniversary, 1998

Macam apa je kan…maklumlah budak umur 12 tahun yang buat. Kecik2 dah pandai buat love2…hahaha. Main conteng2 ikut suka je. Pastu terlebih rajin pegi buat origami pulak. Dalam hati dah kutuk2 diri sendiri. Apalah motif buat benda alah tu. Haihhh memang kelakar…

DSC00610

DSC00611

Haaa kreatif kan…? :P

Dan akhir sekali, memang paling tak boleh blah tengok kad ni. Kad ni untuk 21st anniversary ibu and bapak, tahun 1997. Ok, siap sedia untuk gelak guling2 lagi sekali…

DSC00606 Muka hadapan…

Ok, mari tengok isi dalamnya pulak…

DSC00607 

Haaa betul kan korang gelak guling2…Kreatif kan…Lukis sendiri tu tau. Baru 11 tahun dah pandai lukis lembu. Kenapa lembu? Hahahaha saya sendiri pun tak tau. Ibu pun gelak besar bila tengok balik. Diri sendiri yang bagi dan tengok semula lagi lah gelak besar. Adeh Farhana ni…kelakar la…

Walaupun macam budak terencat yang buat kad ni, ibu tetap simpan. Hehehe…terima kasih la wahai ibu ku…tapi sekarang ni dah tak kreatif macam dulu. So beli ready made card je *alasan je tu*

Kadang2 tu memang tak seberapa benda yang kita buat untuk diberi pada orang…tapi orang tu akan sangat menghargainya. Mungkin sebab hasil dari tangan sendiri. Bukanlah nak kata kalau beli yang ready mada orang tak hargai…walau apapun pemberian kita, orang tersebut pasti akan hargainya :)