Wednesday, February 9, 2011

Kad Ucapan

Hai…lama sungguh tak update blog ni. Dah ada lipas mati kot dalam ni. Hahaha. Actually bukan taknak update. Banyak je benda nak cerita. Tapi tula, bila tiba masa, takde idea la…takde mood la…Kesudahannya, tak tulis apa2. Hehehe. Sampaikan En Fairuz pun dah tanya bila nak update blog…huhuhu

Oklah, berbalik kepada topik di atas, korang selalu tak beli kad ucapan dan bagi pada seseorang? Mestilah ada kan…Tak kisah lah bagi kat mak ayah, adik-beradik, kawan2, kekasih hati and etc.

Kisah ni bermula apabila hari tu ibu kemas almari. Semuanya gara-gara anai-anai. Kalau tak kerana anai-anai tu, mungkin tak berlaku proses punggah-memungggah dan mungkin tak tengok kot kad2 yang telah diberi dulu. Masih dalam keadaan baik lagi kad2 tu. Selamatlah dari dimakan oleh anai-anai tu.

Dulu2 zaman 90-an rajin la buat kad. Maklumlah zaman kanak-kanak. Then kat sekolah kat ada belajar subjek Pendidikan Seni. So konon nak praktikkan la…hahaha. Lagipun dulu kan takde duit nak beli kad *sekarang pun takde duit jugak….pfffttt* Konon-konon kreatif la…

Hari tu tengok balik kad2 tu, tergelak besar dibuatnya. Lawak gila. Dalam hati dah berkata, “sengal la ko ni, Farhana”. Serius memang lawak. Kalau korang tengok pun mesti korang gelak guling2. Plus ayat2 yang ditulis lagi. Sungguh cacat. Hikhikhik.

Ok korang dah sedia nak gelak guling2…? Jom tengok hasil kerja tangan Farhana…hahahaha

DSC00604 Kad untuk Selamat Hari Ibu tahun 1998

DSC00605 Ucapan di dalam kad…hahaha

Kad di bawah ni, kreatif sikit la…buat bentuk love. Untuk anniversary ibu and bapak, so buatlah bentuk love.

DSC00609 22nd Anniversary, 1998

Macam apa je kan…maklumlah budak umur 12 tahun yang buat. Kecik2 dah pandai buat love2…hahaha. Main conteng2 ikut suka je. Pastu terlebih rajin pegi buat origami pulak. Dalam hati dah kutuk2 diri sendiri. Apalah motif buat benda alah tu. Haihhh memang kelakar…

DSC00610

DSC00611

Haaa kreatif kan…? :P

Dan akhir sekali, memang paling tak boleh blah tengok kad ni. Kad ni untuk 21st anniversary ibu and bapak, tahun 1997. Ok, siap sedia untuk gelak guling2 lagi sekali…

DSC00606 Muka hadapan…

Ok, mari tengok isi dalamnya pulak…

DSC00607 

Haaa betul kan korang gelak guling2…Kreatif kan…Lukis sendiri tu tau. Baru 11 tahun dah pandai lukis lembu. Kenapa lembu? Hahahaha saya sendiri pun tak tau. Ibu pun gelak besar bila tengok balik. Diri sendiri yang bagi dan tengok semula lagi lah gelak besar. Adeh Farhana ni…kelakar la…

Walaupun macam budak terencat yang buat kad ni, ibu tetap simpan. Hehehe…terima kasih la wahai ibu ku…tapi sekarang ni dah tak kreatif macam dulu. So beli ready made card je *alasan je tu*

Kadang2 tu memang tak seberapa benda yang kita buat untuk diberi pada orang…tapi orang tu akan sangat menghargainya. Mungkin sebab hasil dari tangan sendiri. Bukanlah nak kata kalau beli yang ready mada orang tak hargai…walau apapun pemberian kita, orang tersebut pasti akan hargainya :)

4 comments:

  1. guling2 smpi langgar meja d'buatnye..haha
    tp cm xcaye je kamu yg lukis lembu 2 ;p
    ngee~

    ReplyDelete
  2. over ye kamu...xpe2...silalah percaya.kamu nk x lembu tu?nnt sy lukiskan k ;P

    ReplyDelete
  3. muaahhahaha. xsangka aku anne.hahaha. lembu tu lukis sendiri ke tiru mana2.tak sangka aku kau ada bakat melukis.kah kah

    ReplyDelete
  4. aryn:nth la.aku pn dh x igt.b'belas thn pny kad.xtaula kot2 aku trace ke,lukis ke...tp aku mmg terer...muahahaha

    ReplyDelete