Thursday, June 23, 2011

Singapore – Peace of Mind Trip

Chewahh tajuk entri…peace of mind konon…but yes, it was for me to find peace after what had happened. Apa yang terjadi? Biarlah hanya saya dan beberapa orang lain sahaja yang tahu…

Reminder!!! It will going to be a long entry. You can just scroll down to enjoy the pictures without reading the wordings…hehehe.

Actually it was an unplanned trip for me but a planned trip for my sister and her friend. Kiranya saya ni hanya menumpang jela. Dahla takde duit *actually ada je duit dalam bank tapi tak dibenarkan untuk mengeluarkan duit itu* tapi ada hati nak pergi vacation pulak. As I mentioned earlier, I need a vacation after that incident. Ibu pun bagi pergi, so apa lagi…kita enjoyyyyy!!!! :D

Kakak saya dan kawan dia saja je pergi. Kan Stesen Keretapi Tanjung Pagar nak ditutup. Kitorang pun sajalah pergi naik train. Padahal nanti dia akan pergi lagi…

Thursday, 16 June 2011

We departed from KL Sentral to Singapore by train Senandung Sutera at 11.00 pm. My sister booked beds for us and mine was the upper one. Fuhhh memang mencabar la tidur kat katil atas. Nasib baik tak tergolek jatuh ke bawah. Hehehe. Kalau dah naik train tu, memang susah la nak tidur…dengan keadaan train yang bergoyang-goyang, ditambah pulak ada makcik-ke-siapa-entah yang berborak gelak2 sampai pukul 2@3 pagi. Memang rasa nak pergi hempuk je kepala mereka tu…Huhuhu.

Friday, 17 June 2011

Around 6.30 am we arrived at JB Sentral. The train stopped for a while for immigration check, check passport before heading to Woodlands. At Woodlands, buat immigration clearance lagi untuk memasuki Singapura. Almost 9.00 am kot we arrived at Stesen Keretapi Tanjung Pagar…

DSCN1064 Me inside the train

DSCN1065 My sister and her friendDSCN1067 The coaches

DSCN1066 Upon arriving at Tanjung Pagar Railway Station

DSCN1080 Bergambar di landasan terakhir

Selepas amik2 gambar kat sekitar stesen, we took a bus to Bugis MRT Station for S$1. Kat sana, kitorang beli 2 days Tourist Pass for S$26. But you’ll get S$10 after returning the pass. Bila dah ada pass, senanglah kitorang nak berjalan-jalan. Hehehe. That pass can be used for MRT, LRT and buses. Memang sangat mudah dan senang.

Then we headed to Zam Zam Restaurant for breakfast. The restaurant is situated at Arab Street, opposite to the Sultan Mosque. Apa yang menarik kat restoran ni? The murtabak was superb!!! dan sangat besar. The murtabak we ate for 3 was only S$7.

DSCN1096 Saya yang kekenyangan

DSCN1095The Sultan Mosque

After that, we headed to the hotel by MRT and stopped at Kallang Station, then ride a bus to the hotel. We stayed at Amrise Hotel for two nights. The room was small but it was alright as long as it has bed, bathroom with heater, aircond, kettle and a TV. Nak tidur 2 malam je pun, so tak payahlah nak hotel besar2. Lagipun nama pun percutian bajet…Hehehe.

We went out after refreshing ourselves and discussing where to go next. We decided to go to Mustafa Centre first. Mustafa Centre ni macam Mydin kat Malaysia. Macam2 ada. Antara nak beli atau tak jek. This centre open for 24 hours. So kalau korang tak sempat nak pergi siang, pergilah malam…

The next destination was to Chinatown.

DSCN1100 Chinatown

DSCN1103

DSCN1107Posing at the garden at Chinatown

Then kitorang berjalan-jalan di sekitar Chinatown untuk cari souvenirs. Memang banyak souvenirs yang dijual. Dinasihatkan agar korang jalan dulu baru decide nak beli. Ada yang murah, ada yang berpatutan dan ada yang tak berpatutan…

DSCN1110  

DSCN1111

 

DSCN1112 

DSCN1113 Sekitar Chinatown

Kemudian kitorang bercadang nak ke Merlion Park. Naiklah MRT ke Marina Bay Station. Keluar je dari station tak nampak pun batang hidung singa tu. Pulun la tengok map tapi still tak tahu macam mana nak sampai ke Merlion Park tu. Then we decided untuk jalan jugak, sampailah ke Marina Bay. Memang syok duduk kat situ dengan angin yang menderu sambil berehat…Penat tau jalan kaki…huhuhu

DSCN1134 Sekitar Marina Bay

DSCN1170Marina Bay Sands

DSCN1126 Nampak tak singa yang memancutkan air dari mulut tu…? Tak ke jauh dari tempat kitorang…Huhuhu

DSCN1132Menikmati kedinginan angin di tengah kota…Hehehe

Then we decided to continue walking…Semangat tau nak cari Merlion tu. Tapi setelah berjalan dan rasa macam jauh lagi je, kitorang pun putus asa…Terus cari nearest MRT Station to Orchard Station for shopping!!! ;) Esoklah kitorang cari kau, wahai Merlion.

Stesen MRT Orchard memang sangat ramai orang. Kat sinilah orang pergi shopping. Korang boleh pergi ke 3 bangunan utama *rasanyalah* untuk shopping. Tapi that night kitorang pergi ION Mall jek. Maklumlah dah malam plus takut sesat. Bila keluar dari ION Mall tu rupa-rupanya ada banyak lagi shopping mall…Ada TANGS, ISETAN and many more…Disebabkan dah tak larat and almost 10 pm, kitorang pun balik ke hotel. Esoklah sambung shopping…Hehehe. Sampai hotel masing-masing keletihan dan kepenatan. Time to rest, esok sambung lagi perjalanan…

Saturday, 18 June 2011

Good Morning!! My sister woke up early that day. We had breakfast at a Halal shop near to Kallang MRT Station. Kat Singapore pun makan roti telur *sebab dah tak tahu nak makan apa kat kedai tu* Hahaha. Pencarian Merlion Park pun bermula. This time we stopped at Raffles MRT Station. Tu pun pening jugak bila ada kat mana entah…Apa yang penting, jangan lupa bawak map!

DSCN1151 Muka serius baca peta…hahaha

Then kitorang pun jalan lah ikut suka berpandu map tu. Haishh penat jugak la. Nasib baik cuaca pun elok, tak hujan…Dah jalan-jalan, sampai lah kat The Fullerton Hotel. Kalau ikut dalam map, nak dekat dah lah dengan Merlion Park tu…

DSCN1159 The Fullerton Hotel

Berhampiran hotel ni ada lah patung-patung ni…

DSCN1158 Discussing…Dorang pun tak jumpa Merlion Park kot…Hahaha!

DSCN1160Censored!!! Jangan tiru aksi ini :P

DSCN1164 Kanak-kanak sesat di Kota Singa

Setelah penat berjalan ikut suka, akhirnya kitorang sampai juga di sini…

DSCN1187The Merlion Park

DSCN1175Tengoklah betapa ramainya orang kat situ…

DSCN1189Gambar wajib bila dah sampai Singapore

DSCN1193The Esplanade, theatres on the bay   

DSCN1202

DSCN1210 Merlion Junior…

Dah puas bergambar, kitorang ke Orchard Road kembali…Yela semalam kan tak beli apa-apa…Hehehe. Konon naik bus la sebab malas nak jalan jauh ke MRT station, alih-alih terlepas bus stop lak…Naik MRT jugak akhirnya…Hehehe. Tiba di Orchard Station, kitorang terus ke TANGS. Sekarang ni memang tengah ada Great Singapore Sales from 27 May – 24 July 2011. Sana sini ada sales. Agak-agak duit banyak tu, apa lagi borong la…Hehehe. Kat TANGS kitorang beli handbags. Tiga-tiga orang pun beli handbags. Semua terpengaruh dengan saya dan tiga-tiga orang pun ambik warna coklat. Hehehe. Beli lah satu handbag untuk ibu sekali, untuk raya nanti…Hehehe. Kemudian kitorang ke ISETAN pulak. Takde apa yang menarik kat ISETAN but as we went upper floors, ada ESPIRIT pulak. Saja jela tengok-tengok. Tengok purse ESPIRIT, ada yang ada less, ada yang takde. Dekat situ terbeli purse pulak. Hahaha. Saya amik yang murah-murah jek. Hehehe. Then my sister tengok jam pulak. Dah berkenan, dia pun beli. Siap jadi member lagi. Bila dah jadi member, dapat discount voucher less S$10 for tops and S$10 for bottoms…Haa apa lagi pergi cari tops and bottoms pulak sebab voucher tu hanya boleh guna kat Singapore jek valid for 1 month. Si Darin Alya la yang seronok sebab dia yang dapat baju dan seluar. Dekat ESPIRIT je dah lama. About 2 something cepat-cepat kitorang gerak sebab lepas ni nak ke Sentosa pulak.

We went to Harbourfront MRT Station from Orchard Station to go to Sentosa Station. Ada banyak options nak ke Sentosa. Kalau banyak duit, boleh naik cable car from Habour Tower. Or boleh naik Sentosa Express (monorail) from VIVO City which cost you S$3. Atau kalau nak exercise, boleh jalan kaki. Other options are you can take bus or taxi or drive your car. We choose to take Sentosa Express, the easiest and cheapest…Hehehe. Sebelum ke Sentosa, we had lunch first at KFC. Menu KFC kat Singapore tak serupa dengan kat Malaysia.

Ada 4 stesen monorail kalau menggunakan Sentosa Express. The first is the Sentosa Station at VIVO City. Next is Waterfront Station. Dekat sini ada the famous Resorts World Sentosa and Universal Studios Singapore. Kitorang bergambar je dekat sini.

DSCN1216 The globe, the signature of Universal Studios

DSCN1223 Let’s go in! :P

DSCN1243

DSCN1228

DSCN1240

DSCN1248

DSCN1252    Sekitar Waterfront Station

Kemudian kitorang ke Imbiah Station pulak. Kat sini banyak activities yang boleh dilakukan and attraction places yang boleh pergi. Macam-macam ada…Cuma perlu sediakan ongkos sahaja ;) Turun je dari stesen ada persembahan Sambatida from SMU’s students. Persembahan yang menarik dan best.

DSCN1282 Imbiah Station

DSCN1253 Samba Masala from SMU

DSCN1261At the Sentosa blocks with the shopping bags…Hehehe

Kemudian kitorang berjalan di sekitar Imbiah Station ni. Luckily they provide escalator. Takdelah penat kan…Hehehe. Bila dah sampai atas, we decided to ride Tiger Sky Tower. The tower will rotate as you go up and you can see panoramic views across Sentosa, macam Menara Taming Sari kat Melaka tu. Jadilah kan naik Tiger Sky Tower ni sebab tak dapat naik cable car…Huhuhu.

After that we went to the last station, Beach Station. Sementara nak tunggu malam, kitorang duduk-duduk dulu hilangkan penat. Kaki pun rasa nak tercabut dah…Huhuhu. About 7.00 pm kitorang pun gerak nak tengok Songs of the Sea show. If you’re here in Sentosa, don’t miss to watch this show! Sangat berbaloi dan best. As for me, I was amazed with their technology. Sangat kagum. Patutlah ramai pelancong yang datang. The show started at 7.40 pm. Luckily we entered early, if not dapat seat hujung.

DSCN1284 Songs of the Sea banner

DSCN1283

DSCN1301

DSCN1303

DSCN1307

DSCN1308

DSC00750

DSC00756   Sangat cantik, kan? :)

For more information about Sentosa, you can always visit its website at here. About 11.00 pm baru kami sampai hotel. Dahla tersalah naik bus. Terpaksalah jalan kaki dengan kaki yang dah terdengkot-dengkot…Huhuhu. Sampai hotel masing-masing keletihan dan tidur dengan nyenyak sekali…

Sunday, 19 June 2011

Hari terakhir kitorang di Singapore. Breakfast dekat restoran halal dekat Kallang MRT Station. We dropped by Orchard MRT Station to return our tourist pass dan singgah ESPIRIT balik sebab my sister tertinggal her remaining watch strap after adjustment. Nasib baik ada kat kedai tu…Kemudian kitorang terus ke Stesen Keretapi Tanjung Pagar naik bus. Kitorang turun dekat bus stop yang jauh sikit dari stesen keretapi tu tapi uncle bus ni baik hati suruh kitorang naik balik dan berhentikan kitorang kat bus stop depan sikit. So takdelah kitorang kena jalan jauh dengan beg yang berat dan kaki terdengkot-dengkot. Huhuhu…Thank you uncle! :)

DSCN1316 Bye bye Tanjung Pagar…

Our train was scheduled at 1.00 pm by train Ekspres Sinaran Selatan. Lepas ni kalau nak ke Singapore naik keretapi kena berhenti kat Woodlands sebab itulah stesen terakhir selepas stesen Tanjung Pagar ditutup akhir bulan ni…Around 9.30 pm kitorang sampai ke rumah…Alhamdulillah :)

Till we meet again, Singapore!!! InsyaAllah :)

Tips and Guides Travelling to Singapore:

  1. What I like most about Singapore is the public transport systems, either the trains or buses, so efficient and frequent. Tak percaya? Korang boleh statistik kat sini. And it is really easy travel in Singapore as long as you have the MRT Network Map and Singapore map, you won’t get lost. Takdela sesat sampai tak jumpa jalan pulang. Hehehe. At bus stops, you can easily know which bus you should take to go wherever you want to go and the fares for both MRT and bus are quite cheap.
  2. Get your Tourist Pass. Sangat mudah dengan pass ni. Korang touch je bila naik MRT and bus. Nak beli tiket kat kaunter or machine pun boleh. Tapi jangan lupa untuk ambil cash deposit lepas dah keluar dari stesen dengan memulangkan pass tersebut.
  3. Wear comfort shoes. This is important because you will do lots of walking in Singapore. Kalau ke Sentosa, dinasihatkan untuk pakai kasut sebab mungkin korang akan buat aktiviti lasak such as Skyline Luge Sentosa. Takut nanti tercabut pulak kalau korang pakai selipar or sandals…hehehe
  4. Tandas awam di Singapore takde air except dekat sinki. So it is advisable for you to bring wet tissues while in Singapore. Memang susah sebab kita dah biasa dengan tandas awam dekat negara kita yang ada air. I’ve experienced once when I was in London. Memang susah takde air lagi-lagi kalau kita nak buang air besar or tengah datang bulan. Instead of bringing wet tissues, you also can bring empty bottle so that you can fill up the bottle with water or just wet the tissues provided in the toilet before you pee ;)
  5. Another biggest concern is to find halal restaurants. Singapore bukan negara Islam but they are strict in issuing halal certificate dan sijil halal mereka semua sama, tak pelbagai seperti di Malaysia. Kalau susah sangat, fast food restaurants adalah halal tapi tak semua tau. KFC, McDonalds and Burger King are among those having halal certificate.
  6. Don’t convert the currency when shopping. Hehehe…Memang akan menjadi rutin untuk kita convert currency bila kita berada di negara yang nilai matawang mereka lebih tinggi dari Malaysia. Kalau korang convert, memang tak akan beli apa-apa pun. And again I’ve experienced while I was in London and that time pound was really high. So bila shopping tu, anggaplah 1 pound equals to RM 1. Hehehe. Same with while you’re in Singapore. Some items are worth buying and some are not. Tepuk poket, tengok duit sendiri :P Korang boleh convert to compare the prices in Malaysia tapi janganlah sampai harga souvenirs pun nak compare. Hehehe…
  7. Singapore, the Fine City. ‘Fine’ here means denda. Korang buang sampah merata-rata pun kena denda tau. So berhati-hatilah dengan sikap korang. Kalau kat Malaysia dah biasa buang sampah merata-rata, kat Singapore jangan buat! Unless kalau korang tak sayang duit korang la…

That’s all from…Harap dapat membantu kepada yang tak pernah ke Singapore dan nak pergi Singapore. Memang tak rugi pergi melawat negara orang ni…Asalkan ada duit :) Inilah peluang untuk ke Singapore selepas lebih 20 tahun. Dulu kecik-kecik pernahlah pergi tapi mana nak ingat…And by the way, saya tak masuk pun Universal Studios tu…sedih :((

Monday, June 6, 2011

Wasiat Umamah binti Al-Harith untuk Puterinya, Ummu Iyyas binti ‘Auf Pada Malam Perkahwinannya

Dedikasi khas untuk rakan-rakan, tak kira sama ada yang belum berkahwin, yang sudah bertunang dan yang sudah berkahwin. Semoga coretan ini dapat memberi panduan dalam hidup berumahtangga :)

Wasiat Umamah binti Al-Harith untuk puterinya, Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata:

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya tercipta.

Nasihat yang pertama dan kedua: Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.

Nasihat ketiga dan keempat: Sentiasalah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.

Nasihat kelima dan keenam: Sentiasalah engkau memperhaikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.

Nasihat yang ketujuh dan kelapan: Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.

Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh: Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.

Sumber: Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia ( Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

Thursday, June 2, 2011

Sotong Goreng Tepung

 

Ke Kuching, Sarawak sudah…

Ke Jeram sudah…

Ke Restoran Mohd Chan Abdullah pun sudah…

Tapi………………

 

Tetap tak jumpa sotong goreng tepung yang sedap macam dalam gambar kat bawah ni…huhuhu

Picture2 Yang sebelah nasi goreng tu…

Seriously, sotong goreng tepung kat situ memamg sedap. Dahla sedap, puas makan…harga pun berpatutan…tak la macam kat Restoran Mohd Chan Abdullah tu…huhh!!

This place is highly recommended by me. Memang tak rugi dan sangat puas hati…If I’m not mistaken, this place’s name is Bagan Hailam Seafood. Siapa yang duduk nak ke area Port Klang, mesti tahu tempat ni…Siapa yang tak tahu tu, memang kena buang daerah! Hehehehe…

 

Note: Bila nak makan kat sini lagi…? Abangku yang baik hati tak nak belanja lagi ke…? Huhuhu…