Friday, February 11, 2011

Glaukoma

Hye again!!! Hari saya nak tulis pasal kesihatan pula. Even though I’m not a medical student, kenalah tahu serba sedikit pasal kesihatan ni kan…

Kawan-kawan tahu tak apa itu Glaukoma? Haaa baik mengaku cepat…mesti tak tahu kan…Glaukoma adalah sejenis penyakit berkaitan dengan mata. Takut tak bila ianya berkaitan dengan mata…?huhuhu

Ok, let me give a brief explanation about this disease…

Apakah penyakit Glaukoma?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bola mata seseorang. Tekanan yang tinggi ini akan menyebabkan sel retina dan serabut saraf rosak sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu akan menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

DSC00614 Tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf bagi mata Glaukoma. Bagi mata normal, pengaliran masuk-keluar cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Glaukoma Akut

  • menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata.
  • anak mata menjadi putih.
  • rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan.

Glaukoma Kronik

  • melarat perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan.
  • mangsa tidak menyedari sehingga peringkat akhir dan selalu lambat mendapatkan rawatan.
  • ruang penglihatan menjadi semakin kecil.
  • penglihatan kabur dan rabun.
  • kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap.
  • kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

DSC00615

Peringatan

  • segera berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda Glaukoma.
  • membuat pemeriksaan mata setahun sekali jika keluarga anda mempunyai keturunan penyakit ini.
  • jalani pemeriksaan Glaukoma jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Sekarang korang tahu la  serba sedikit pasal penyakit ni kan…For me, at first I don’t know about this disease until ibu suffer from it. Dari situ barulah tahu apa itu Glaukoma.

Mula2 ibu nampak macam glaring pada mata. After buat pemeriksaan, dapat tahu ada Glaukoma. Glaukoma ni penyakit keturunan. So kebarangkalian for me and the rest of family members ada chances untuk menghidap penyakit ni. Di tambah pula dengan background family belah bapak yang turut menghidapi penyakit ni. Few of my aunties also had this disease. Sorang makcik ni dah buat operation on left eyes dan kemudian nanti right eyes pula. Sorang lagi makcik pula dah buta sebelah mata. See, how dangerous this disease.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang search je kat internet. Last but not least, pemeriksaan awal dan rawatan awal boleh mengawal penyakit ini dari melarat. Eye drop and pills may reduce the pressure in the eye ball. Operation dilakukan apabila eye drop and pills tak dapat mengawal tekanan yang tinggi dalam mata.

Jagalah mata anda dari sekarang :)

Sumber: Risalah terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia

1 comment:

  1. Ayah ak pn ade glaukoma T_T
    2tahun lps discover pnykt ni..xwt operation.skg bgantung kt ubat..so far, ok la,ayh ak still bleh drive smpi skg..kdg2 j drve mlm.tp dh x bg drve jauh..

    ReplyDelete