Thursday, May 19, 2011

Furthering Your Studies

Alhamdulillah, dah selesai Convocation Day. Bersyukur sangat2…

Jumlah graduan untuk Istiadat Konvekesyen hari tu 704 orang both for PhD and Master. Ramai kan? Memang sekarang ni saya perasan, ramai yang further study ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah, at least mereka ni tahu akan kepentingan ilmu. Tapi tak semua yang berkesempatan nak sambung ke peringkat lebih tinggi atas sebab2 tertentu. Sebagai contoh kekangan wang ringgit dan waktu.

As for me, Alhamdulillah mendapat full support dari family. At first memang takde niat pun nak sambung ke Master. Melihat kawan2 yang sambung Master ketika saya di semester akhir Degree, sungguh sangat jealous dan kagum. Keputusan di buat atas permintaan family dan juga atas sebab tidak sedia untuk bekerja lagi. Ingat lagi ada seorang lecturer Project Design masa degree dulu suruh tulis apa-perancangan-ke-apa-entah atas sekeping kertas, then he checked one by one. On my paper, he wrote “sambung belajar” and that what I did. Hehehe…Dan juga saya menganggap saya meneruskan niat abang saya yang nak sambung Master dulu tapi terbantut. Hehehe…Basically it was like fulfilling my family’s will. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya dan berjaya grad on time.

Membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah keputusan yang besar dan berat. Banyak komitmen yang diperlukan. Here I listed few guides before you deciding to further your studies.

  1. Universiti – Pilih uniersiti yang menawarkan Programme yang anda inginkan. Tak semua universiti ada Programme yang kita nak. Ada universiti yang menawarkan untuk research mode bagi Programme tertentu.
  2. Yuran Pengajian – Makin tinggi level of studies, makin tinggilah yuran pengajiannya. Memang benar. Like UiTM, the study fees are based by credit hour for coursework mode. Dulu RM 200/credit hour at UiTM. Now, the study fees have decreased. Takdelah sampai RM 3k like I was during the first semester.
  3. Coursework or Research mode – Dua2 mode ada kelebihan dan kekurangan masing2. Ada yang mengatakan coursework adalah lebih mudah dari research. TOTALLY WRONG! For me, the workloads for coursework are higher than research. Tapi lain orang lain selera, bukan? Tanya diri anda…Adakah anda mampu untuk mengadap research 24/7? Sanggup ke nak study for quizzes, tests and final examination?
  4. Part time or Full time – Bagi yang bekerja, they will go for part time. I’m impressed with those who are working and studying at the same time. Sekali lagi tanya diri anda…Mampukah nak bahagikan masa? Adakah study anda akan terjejas jika anda bekerja? Mampukan anda menyiapkan segala tugasan dan datang ke class tepat pada waktunya? Ada lecturer yang boleh bertoleransi tentang jadual waktu class, tetapi ada lecturer yang tidak. Fikir-fikirkan…
  5. Jarak perjalanan – Isu ini perlu diambil kira bagi mereka yang bekerja. Selalunya class diadakan pada waktu petang atau malam. Dan waktu2 tersebut adalah peak hours. So, rancang perjalanan dan jadual waktu anda.

As I mentioned before, tak semua orang mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ada yang nak, tapi kekangan wang ringgit. Tapi isu wang ringgit dapat diselesaikan dengan pelbagai bantuan/tajaan/pinjaman dari pelbagai pihak. Sebagai contoh, MyBrain15 dan MyPhD dari pihak kerajaan.

Dan janganlah berasa rendah diri melihat kawan2 mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Tak semua mendapat pekerjaan yang diingini. Just like me, sampai sekarang tak keja lagi. Huhuhu. Semuanya bergantung pada rezeki masing2…

Semoga dapat membantu! *atau mungkin tak dapat membantu…hehehe*

2 comments:

  1. sokong anne utk guide no.3!!!yeah..totally agree...=))

    ni yg den rs nk update blog..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. update,jangan tak update! =)

    ReplyDelete