Wednesday, May 25, 2011

3D/2N Kuching, Sarawak Trip

At last, dapat jugak naik flight. My last time was about 4 years ago to London. After that, terperap je kat rumah tak holiday ke mana-mana.

This time to Kuching, Sarawak. The third time for my family but the first time for my sister in law and Darin Alya. Bapak tak join pergi holiday ni, katanya nak jaga rumah…takut banjir bagai…hahaha.

Note: Entry ni panjang…Kalau tak larat baca, tengok gambar jela…hehehe

Saturday, 21st May 2011

Flight dijadualkan bertolak pukul 8.20 am. Dari rumah naik taxi and bapak hantar. Ni first time naik Air Asia dan ke LCCT. Sampai je LCCT, terus pening kepala sebab sesak. Bila tengok LCCT, macam Subang Airport dulu. Dah check-in and dapat boarding pass, kitorang duduk-duduk dulu sebelum masuk ke departure hall. Bila dah sampai masa untuk masuk ke departure hall, bapak pun balik. Darin Alya tengok je Atok pergi. Lepas tu, dia pulak nak ikut Atok balik. Hahaha…

DSCN0810 Darin Alya at LCCT

Flight delay sekejap. Around 8.50 am baru flight take-off. Duration flight about 1 jam 30 minint. Jejak je kaki dalam flight dah rasa nak muntah. Huhuhu. Tahan jela…Dalam hati berdoa janganlah muntah. Dalam beg dah spare plastik muntah. Hehehe. Sampai je kat Kuching International Airport, pak supir dah tunggu.

Destinasi pertama adalah Kilang Pasu Sarawak. Just tengok-tengok je sebab masa first time pergi dulu ibu dah borong banyak. So kali ni tak berminat pun. Hahaha…

DSCN0812 Cara pembuatan pasu

DSCN0813 Acah-acah je tengok orang buat pasu

DSCN0816 Antara pasu yang di jual. Dah berhabuk pun…mesti dah lama display…hehehe

DSCN0818Darin Alya dan papa

DSCN0819  Budak yang excited tengok ‘memey’ aka kucing yang banyak

Lepas tu, kitorang pergi kedai jual tikar Sarawak. Takde gambar kat kedai tu sebab tak menarik. Hehehe. Ibu just beli tikar yang diperbuat daripada daun pandan. Perut pun dah berkeroncong, pak supir pun bawak kami ke kedai makan. Makan nasi campur je. Ramai lah orang yang makan kat kedai ni. Siap jumpa orang yang naik satu flight. Dah kenyang, kami check-in hotel. We stayed at Harbour View Hotel. Hotel ni terletak kat tengah-tengah Bandar Kuching and a walking distance to Waterfront and shops.

Lepas rehat, destinasi seterusnya ke Muzium Sarawak. Pergi jela walaupun dah pergi dulu dan nasib baik ada perubahan kat dalam muzium tu. So takdelah rasa boring tengok benda yang sama je. Hehehe.

DSCN0837 Muzium Sarawak

DSCN0824 Ucu and Darin Alya

DSCN0828 Posing tengah panas

DSCN0832

Gambar wajib kat meriam

DSCN0839  Darin Alya and mama

Kemudian kami ke Pasar Minggu Satok. Macam pasar malam jugak la kalau kat Semenanjung. Macam-macam yang dijual. Tengok sayur-sayuran yang dijual macam sedap je. Segar-segar belaka. Pergi sini sebab nak cari souvenir. Tapi tak jumpa. Darin Alya pun dah tidur masa jalan kat sini. So papanya lepak kat Secret Recipe. Saya pun tak larat nak jalan lagi, pergilah join my brother at Secret Recipe. Ibu, kakak and kakak ipar je yang gagah meneruskan perjalanan. Tengah belek-belek menu nak order air, kakak call cakap dah jumpa gerai-gerai yang jual souvenir. Terus semangat balik pergi jalan. Hahaha. Nasib la tak jauh. Souvenir kat situ boleh tahan murah jugak. So terbelilah souvenir wajib such as fridge magnet, keychain and t-shirt. Ngam ngam je janji dengan pak supir kul 6.

Next destination was to Layer Cake Factory (Kilang Kek Lapis). Zaharah Kek Lapis was recommended by pak supir. Actually bukanlah kilang pun. Cuma rumah papan. Ragu-ragu gak memula tu. Tapi bila dah rasa, memang sedap. Range harga RM 10 – 20. Tak rugi beli. Kemudian ke Mira Kek Lapis pulak, just nearby…Sebelum beli, rasa dulu. Rasa kek itu, rasa kek ini…Last2 semuanya rasa cam sama je. Hehehe. Kenyang rasa kek lapis jek. Tapi still pergi dinner jugak. Tempatnya berdekatan dengan tempat jual kek lapis ni, ala-ala food court.

DSCN0842 Magnificent view by the river. Opposite there is our hotel

DSCN0851  Our dinner. Yang depan tu ialah Mee Kolok, one of popular dishes in Sarawak. Rasanya? Ask my mom and my sister. Hehehe

 

Sunday, 22nd May 2011

Perjalanan kami bermula seawal jam 8.00 pagi. Destinasi kami ialah ke Pasar Sarikin. Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam lebih. Memang sakit punggung duduk dalam van sebab jalannya yang teruk. Dah rasa cam naik kuda jek. Macam-macam yang dijual di pasar ni. Si penjual adalah dari Indonesia. Kebanyakkan barang yang dijual pun dari Indonesia, like telekung, blouses, kain sulam and etc. Pasar ni sepanjang lebih kurang 2km. So kalau datang sini, dinasihatkan agar membawa payung atau topi, air dan pergi awal pagi. Sebab kat sini memang panas.

Pasar Serikin

Aku 019 * Images from Google

Setelah penat berjalan hampir 2km, kami berangkat untuk isi perut dulu. Tapi sebelum tu, kami singgah ke satu tasik, which was previously a gold mine. Tempat pun cantik, apa lagi mestilah nak posing :P

DSCN0854 Sungguh mendamaikan…Subhanallah

DSCN0856 Berehat tepi tasik

DSCN0858 Ibu and I

DSCN0861

DSCN0865 Breathtaking view behind me

DSCN0873 With Darin Alya :)

Dah sudah makan, kami pulang ke hotel kejap untuk solat dan berehat. Jam 2 petang, kami keluar semula untuk ke Semenggoh Wildlife Centre, nak tengok orang utan makan ;)

DSCN0911 Welcome to Semenggoh Wildlife Centre

DSCN0908

We have to jungle trekking for 200m to the orang utan’s feeding area. Fuhh berpeluh jugak lah…tapi seronok sebab dah lama tak masuk hutan.

DSCN0874 Mommy orang utan and her baby

DSCN0878 Khusyuk tengok orang utan :P

DSCN0893 Eating time!

DSCN0904

DSCN0906Us :)

Dah tengok orang utan ‘mamam’ dan bergambar, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya…ke Muzium Kucing! Orang yang paling excited adalah budak kecik tu…Tak tentu arah tengok kucing yang banyak. Hahaha

DSCN0976 Muzium Kucing

DSCN0917   Bapak kucing, mak kucing dan anak kucing…hehehe

DSCN0926 Kucing besar-besar

DSCN0958

DSCN0961 The excited girl :)

DSCN0971Kucing bercermin mata…hehehe

DSCN0982  Oh ibuku :)

Kemudian kami ke Monumen Kucing di tengah Bandaraya Kuching…Dulu hanya tengok dari dalam kereta je. Tapi kali ni pak supir kitorang stop van tepi jalan bagi chance kitorang bergambar :)

DSCN1003Monumen Kucing

DSCN0996 

Dah puas bergambar, kami ke kedai-kedai di Waterfront. Pak supir drop kami kat situ. Shopping souvenir sebelum pulang keesokkan harinya.

DSCN1017

DSCN1018Nak main masak-masak…hehehe

Sehari suntuk kami berjalan. Dari pagi sampai ke petang. Around 6 pm kami pulang ke hotel. Hotel tak jauh mana pun…Rehat dan mandi sebelum pergi dinner.

Dinner terakhir di Kuching adalah di Topspot. One of the most popular places to dine in especially for seafood. Jam 7.30 pm pak supir datang ambil. Actually boleh je jalan kaki tapi dah malam dah tak cam jalan. Dulu pernah sekali sesat tak jumpa tempat ni. Hahaha…We ate at Bukit Mata Seafood Centre, stall no 25.

DSCN1022 Bukit Mata Seafood Centre

Agak ramai orang yang makan kat stall ni. Dinasihatkan agar datang awal. Apa yang special kat stall ni?

DSCN1023 This is the special dish, Oyster Omelet. Kat Semenanjung memang tak jumpa benda ni. They can make even bigger than this.

Dah kenyang, balik hotel kemas barang. Esok sudah mahu pulang ke Semenanjung…

Monday, 23rd May 2011

Sebelum ke airport, kami ke Pasar Satok untuk beli ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin memang famous kat Sarawak ni. Selesai beli, kami pun menuju ke airport. Flight pukul 11.55 am.

DSCN1026 At the airport…elok pulak budak ni duduk kat troli…

Alhamdulillah around 2 pm kami tiba di LCCT. Perut dah lapar. Mana tak lapar, breakfast pukul 7.15 am camtu. Dalam flight pulak, kiri kanan menjamu selera. Sabar jela…Malas nak layan. Baiklah tidur je…hehehe. Kat LCCT bapak dah tunggu. Kami berlima naik dengan bapak, meanwhile my brother took bus to KL Sentral.

Sampai rumah semua bantai tidur…hahaha

Till we meet again, Kuching! :)

3 comments:

  1. waaahhh...beshnye!!!mcm nk g kuching jgakla..honeymoon ker...hahahaha

    ReplyDelete
  2. honeymoon?sesuai ke honeymoon kt situ?hehehe

    ReplyDelete
  3. salam..
    boleh tanya sikit, tentang pak supir kat srwk?
    ada no contact x?n brapa harga utk 1 hari ye?
    PM me at rozainiabdullah@gmail.com
    thanx in advance =)

    ReplyDelete