Wednesday, February 9, 2011

Kad Ucapan

Hai…lama sungguh tak update blog ni. Dah ada lipas mati kot dalam ni. Hahaha. Actually bukan taknak update. Banyak je benda nak cerita. Tapi tula, bila tiba masa, takde idea la…takde mood la…Kesudahannya, tak tulis apa2. Hehehe. Sampaikan En Fairuz pun dah tanya bila nak update blog…huhuhu

Oklah, berbalik kepada topik di atas, korang selalu tak beli kad ucapan dan bagi pada seseorang? Mestilah ada kan…Tak kisah lah bagi kat mak ayah, adik-beradik, kawan2, kekasih hati and etc.

Kisah ni bermula apabila hari tu ibu kemas almari. Semuanya gara-gara anai-anai. Kalau tak kerana anai-anai tu, mungkin tak berlaku proses punggah-memungggah dan mungkin tak tengok kot kad2 yang telah diberi dulu. Masih dalam keadaan baik lagi kad2 tu. Selamatlah dari dimakan oleh anai-anai tu.

Dulu2 zaman 90-an rajin la buat kad. Maklumlah zaman kanak-kanak. Then kat sekolah kat ada belajar subjek Pendidikan Seni. So konon nak praktikkan la…hahaha. Lagipun dulu kan takde duit nak beli kad *sekarang pun takde duit jugak….pfffttt* Konon-konon kreatif la…

Hari tu tengok balik kad2 tu, tergelak besar dibuatnya. Lawak gila. Dalam hati dah berkata, “sengal la ko ni, Farhana”. Serius memang lawak. Kalau korang tengok pun mesti korang gelak guling2. Plus ayat2 yang ditulis lagi. Sungguh cacat. Hikhikhik.

Ok korang dah sedia nak gelak guling2…? Jom tengok hasil kerja tangan Farhana…hahahaha

DSC00604 Kad untuk Selamat Hari Ibu tahun 1998

DSC00605 Ucapan di dalam kad…hahaha

Kad di bawah ni, kreatif sikit la…buat bentuk love. Untuk anniversary ibu and bapak, so buatlah bentuk love.

DSC00609 22nd Anniversary, 1998

Macam apa je kan…maklumlah budak umur 12 tahun yang buat. Kecik2 dah pandai buat love2…hahaha. Main conteng2 ikut suka je. Pastu terlebih rajin pegi buat origami pulak. Dalam hati dah kutuk2 diri sendiri. Apalah motif buat benda alah tu. Haihhh memang kelakar…

DSC00610

DSC00611

Haaa kreatif kan…? :P

Dan akhir sekali, memang paling tak boleh blah tengok kad ni. Kad ni untuk 21st anniversary ibu and bapak, tahun 1997. Ok, siap sedia untuk gelak guling2 lagi sekali…

DSC00606 Muka hadapan…

Ok, mari tengok isi dalamnya pulak…

DSC00607 

Haaa betul kan korang gelak guling2…Kreatif kan…Lukis sendiri tu tau. Baru 11 tahun dah pandai lukis lembu. Kenapa lembu? Hahahaha saya sendiri pun tak tau. Ibu pun gelak besar bila tengok balik. Diri sendiri yang bagi dan tengok semula lagi lah gelak besar. Adeh Farhana ni…kelakar la…

Walaupun macam budak terencat yang buat kad ni, ibu tetap simpan. Hehehe…terima kasih la wahai ibu ku…tapi sekarang ni dah tak kreatif macam dulu. So beli ready made card je *alasan je tu*

Kadang2 tu memang tak seberapa benda yang kita buat untuk diberi pada orang…tapi orang tu akan sangat menghargainya. Mungkin sebab hasil dari tangan sendiri. Bukanlah nak kata kalau beli yang ready mada orang tak hargai…walau apapun pemberian kita, orang tersebut pasti akan hargainya :)

Thursday, January 6, 2011

The Decision

Has been made…which is I’m not accepting the offer. What’s the offer? To be a part-time lecturer at KLIUC.

Semalam hantar resume kat one of the lecturer at KLIUC, who is searching for this post. Tau pasal part-time lecturer ni pun dari one of my colleagues. *Thanks Kak Emi for informing me*

And I was the lucky one to be selected. First choice tau. Hahaha. She called and tell me the details…What subject I have to teach, the day and time of the class, the payment and I have not to worry about the notes and the tutorial…All are from the Professor who suppose to teach the subject.

But…

Due to certain reasons, I’ve declined the offer. The major reason is transportation. Am I going to back and forth to KLIUC from Klang? It is quite a long distance. Takkan nak susahkan bapak lagi. Dari kecik sampai besar bapak yang jemput and hantar. So that was the main reason.

Susah kan kalau takde kereta? *Alaa kat rumah ada je kereta tapi ko yang taknak bawak* Hahahaha…I mean my own car…

+ Kenapa takde kereta?

- Sebab ibu tak bagi beli lagi. Nak beli bila dah keja nanti

+ Tapi ada je yang tak keja dah ada kereta…

- Dorang tu kaya…banyak duit…

+ Tapi takkan dah dapat keja baru nak beli kereta…nanti nak pegi keja macam mana pulak…?

- Hurmm tak tahulah…tengok jela macam nanti. Nanti barulah terkial-kial nak cari kereta…huhuhu

Ok, saya bermonolog di sini…biarla semua persoalan itu berada di fikiranku…

I believe that there will be a better offer in the future. Semua tu urusan Allah. He knows the best. InsyaAllah rezeki tak ke mana. Semoga ada keja yang bersesuaian dengan diriku dan juga yang terbaik untuk En Boyfie…Aminnn~~Doakan kami berdua, ok! :)

Tuesday, January 4, 2011

Dilema…

Korang pun tau kan yang saya dah habis master. So sekarang masa untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan qualification saya la kan…

Tapi…

Saya takut nak keja. Hehe…maklumlah takde pengalaman. Takut kena hentam dengan senior, dengan bos…nanti dorang kata nama je ada master tapi tak reti buat keja…adusss…tu yang lomah…

Then orang akan kata kenapa tak jadi lecturer. Yela, sebab ada master kan…korang ingat senang ke nak jadi lecturer ni??? Huhuhu. As for me, I want to gain experience at the field first. Nanti takdela termangu-mangu bila ajar students. Students zaman sekarang ni boleh tahan gak dia punya kerek. Hahaha…

Bukan tak nak keja sekarang…memang nak keja, nak balas balik jasa ibu dan bapak. Ni duduk rumah perabih boras jek. Huhuhu…nak keluar dating pun fikir banyak kali sebab takde duit. Huhu

Tapi…

Kesian kat ibu dan bapak yang kena jaga cucu dorang yang sorang ni. Ibu and bapak tu dah la tak berapa sihat sangat. Lagi2 ibu. Semenjak kes hari tu, ibu cam tak sihat sangat. Pening2, banyak angin, rasa lemah. Dahla cucu sorang ni lasak sangat. Degil pun iya gak. Saya yang muda ni pun rasa tak larat nak jaga. Rasa nak geget2 je. So buat masa sekarang ni jadi assistant baby sitter la…Huhu. Papa Darin Alya a.k.a my brother pun bukan nak bagi upah. Cis cis!!! So dengan ada saya di rumah, takdela ibu and bapak penat sangat. Mandikan budak tu, tolong ibu masak ke…bapak pun kadang2 takde kat rumah. Appointment sana sini. Tu belum masuk bawak pakcik makcik pegi appointment. Takpe2, berkorban sikit sambil rehat2 dulu di rumah. Nanti dah keja takde masa pulak nak rehat kan…

Target bila dah dapat keja?

Haaa mesti la nak beli kereta…nak beli kereta apa ek…?? Hurmmm mazda 2 ok tak kawan2? Hahahaha. Jom tengok gambar sikit…Kot2 korang akan jeles ke…Hikhik

image mazda 2 sedan [pandangan depan]

image mazda 2 sedan [pandangan belakang]

imagemazda 2 hatch back [pandangan depan]

image  mazda 2 hatch back [pandangan belakang]

Cantik tak? Cantik tak? Hahahaha…

Korang doakan ye kot2 saya dapat beli kereta ni ke…Hehe *berangan la ko, Farhana* Huhuhu…Takpe2, kita aim dulu…Hehehe. Ada rezeki InsyaAllah dapat beli…

Tuesday, December 28, 2010

Bye bye 2010

Pejam celik pejam celik, dah nak ke penghujung 2010. Cepat sungguh masa berlalu kan? First half year terasa lambat masa berlalu. Masuk second half year, terasa begitu cepat masa berlalu. Dan Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di atas muka bumiNya.

Oklah, nak recap sepanjang 2010 ni…apa kejadian yang berlaku for each month. Jom kita recap :)

  • January
    • Permulaan bagi 2010 dan juga second semester. Biasela bila awal tahun ni cam slow dulu. Baru nak warm up la katakan. Hehe.
  • February
    • The first time ever happened in my life. It was the dengue fever. Ok, suspected je. Tapi hari2 ulang alik Pusat Kesihatan UiTM check darah. Hari2 jugaklah number of platlet turun. Hari2 minum air gelen2 *ok tipu. liter2 je kot :P * Then sampai satu tahap doctor suruh pegi hospital. Kenalah admit. Lucky just for 1 day and 1 night. Hohoho
  • March
    • Last month kena dengue, bulan ni left ankle sprained pulak. Two months in a row sakit. Kaki bengkak giler, besar giler dan sakit giler…payah giler nak jalan. Huhuhu. Berbungkus jela…sekarang ni kena berhati2 dengan kaki kiri ni dan bila jalan tu. Huhu. Jom tengok gambar sikit…

image image

  • April
    • New handphone!!! Kaki sakit, telefon pun nak sakit gak. Tetiba je skrin tak mau nyala. Pakai jap telefon lama ibu tapi hilang kesabaran la…sebab telefon tu pun kejap2 kong. Hahaha. Last2 beli gak. Jalan dengan kaki yang sakit.
  • May
    • En Boyfie’s convocation! Siap masuk dewan tau teman mak dia. Hehe…
    • Weddings…ramai kawan2 yang mendirikan rumah tangga…tahniah! :)
  • June
    • Takde peristiwa menarik sangat kot. Macam biasa lah busy dengan kerja2 lab. Tapi sempat gak pegi tengok wayang. Release tension, ok! ;)
  • July
    • The most terrifying moment!!! Rumah sewa kena pecah masuk. Alhamdulillah semua selamat. Semenjak kejadian tu, extra caution diletakkan pada pintu rumah dan pintu bilik. Yang bestnya, tak berani tido sorang dalam bilik. Gilir2 tido bilik kawan. Hahaha
  • August
    • Bulan Ramadhan bermula. Stress dengan lab work. Mengejar masa nak siapkan specimens. Memang penat. Huhu. Dengan perangai manusia yang entah apa2…Takpe, abaikan je dorang tu…hahaha
  • September
    • Selamat Hari Raya Aidilfitri!! Alhamdulillah masih dapat duit raya. Tahun terakhir dapat duit raya. Huhuhu. Dalam pada gembira2 tu, cam gila gak la dengan dissertation. Huhuhu
  • October
    • It was my birthday!! Happy birthday to me :) and also hectic month. Tak tido malam siapkan report yang kena hantar. Cam zombie dah. Hahaha
  • November
    • Viva…and it was the finale…
  • December
    • Settle semua report bagai. Pening dah hadap benda tu. Sakit otak den. Alhamdulillah selesai master…sekarang tunggu result penuh…

Tahun 2011 bakal menjelang tak lama lagi. Azam? Erm tak pernah ada azam kot. Hehe. Cuma berharap tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010. InsyaAllah…

Jutaan terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu sepanjang tahun 2010 ni, masa sakit dulu…Allah saja yang dapat membalas budi kalian.

Friday, December 24, 2010

Apple Cider Vinegar

Owh the smell…memang busuk. Semalam try minum Apple Cider Viner (ACV) ni…bau dia, ya ampunnn…busuk maa…bau cuka la katakan…rasa pulak, of course la masam kan. Tapi kenapa tiba2 lak cerita pasal ACV ni ek…? Dah jadi orang kesihatan pulak. Hehe..

So lets take a look what Apple Cider Vinegar is all about…

What is Apple Cider Vinegar?

  • ACV ni adalah sejenis ejen menetang bakteria secara semulajadi. Ada banyak vitamin dan elemen lain seperti Potassium, Calcium, Magnesium, Phosphorous, Chlorine, Sodium, Sulfur, Copper, Iron, Silicon dan Fluorine. Elemen2 ni perlu dan penting untuk kesihatan tubuh badan.

How does Apple Cider Vinegar is made?

  • ACV is made by crushing apples and the liquid is then added with bacteria and yeast. Alcoholic fermentation process will started and the sugars will turn into alcohol. The alcohol is converted into vinegar in the second fermentation process by acetic acid, forming bacteria.

What are the benefits of Apple Cider Vinegar?

  • Reduce sinus infections and sore throats (penting ni sebab selalu sakit hidung especially bila kena habuk. En boyfie pun perlu minum ACV ni sebab selalu batuk2 dan sakit tekak)
  • Balance high cholestrol
  • Cure skin conditions such as acne (bagi yang nak kulit cantik tu, boleh cuba)
  • Protect against food poisoning
  • Fight allergies in both humans and animals
  • Prevent muscle fatigue after exercise
  • Strengthen the immune system (bagi yang lemah antibodi, boleh cuba)
  • Increase stamina
  • Increase metabolism which promotes weight loss (haaa PENTING untuk yang nak kurus tu)
  • Improve digestion and cure constipation (bagus untuk yang sembelit tu. Nanti senang nak o’ok :P)
  • Alleviate symptoms or arthritis and gout
  • Prevents bladder stones and urinary tract infections (kepada Angah en boyfie, disyorkan minum ACV ni…hehe)

Besides the above benefits, ACV also could prevent bad breath, body odour and cellulite :)

How to buy Apple Cider Vinegar?

  • It is advisable to purchase ACV with pH level of 5 to 7.

So, ada yang tertarik tak? Hehe…

Tak pasti lak berapa harga ACV kat Malaysia. Minum pun sebab ibu beli hari tu. Bagi yang suka masam tu, mungkin tak jadi masalah untuk ambil ACV ni. Bagi yang tak suka masam tu mungkin boleh cari alternatif lain. Mungkin ada di farmasi ACV dalam bentuk tablet/kapsul.

image

image

For more info, just browse at the internet :)

Sources are from Wikipedia and HomeRemediesWeb

Harap info2 ini dapat membantu…Mungkin tak semua tahu pasal ACV ni…I’m just sharing :)

Selamat mencuba! :)

Wednesday, December 15, 2010

Mintak Banyak Kali

That is just not me. Aku tak suka nak mintak banyak kali. Cukuplah 3-5 kali. Lebih dari tu, bila aku mintak dan orang tak bagi, memang aku sangat MARAH, BENGANG & SAKIT HATI!!! Lagi2 kalau benda tu memang aku nak guna sangat2…lagilah hati ni berapi je…

Kalau benda tu tak penting dan HAK aku, memang aku let go je. Lantak korang lah…aku dah penat mintak and after that I’ll be extra careful nak bagi benda kat orang tu…

Tapi ni BUKAN hak aku…so nak tak nak, terpaksa mintak gak walaupun hati dah sakit. Lebih sakit lagi bila orang tu buat endah tak endah akan benda tu. Ok, mungkin benda tu tak seberapa tapi, tolong itu adalah hak orang. Entah mana korang letak, dengan tak basuh…tak ke sakit hati…??? Tolonglah hargai benda tu walaupun benda tu bukan hak korang, bukan mahal mana, bukan hebat mana…

Berbakul maki aku bagi…tapi dalam hati la…nak sembur, tak baik pulak kan…orang penah tolong kita. So terpaksalah memaniskan muka, jumpa dengan senyuman, end up pulang dengan tangan kosong setelah mintak sekian lama dan BANYAK kali…

Jangan sampai aku naik menyampah pulak dengan orang2 jenis begini. Bila nak, beria…bila lambat dapat,beria jugak…bila dah dapat pun,beria jugak…beria tak bagi dengan alasan yang sama…

So kalau korang tak nak aku sakit hati dengan korang, bila aku mintak yang hak aku, bagi lah ye…kalau tak nak aku yang putih ni bertukar hijau…

 

Note: Guna ‘aku’ sebab tengah sakit hati…pagi2 dah spoil mood aku. Balik rumah jumpa Darin Alya lagi bagus…

Tuesday, December 14, 2010

Long Silence

Assalamualaikum and hye…

It’s been a loooonnngggggg time since my last update…the reason?because I was super busy with my dissertation. Jadi tension I…huhuhu. And now Alhamdullilah everything is complete…semalam hantar report dissertaion to the office…so tunggu result jela camne…

Actually the examination result was out tapi tau untuk 1 subjek jek. Dissertation tak tau lagi sebab baru hantar kan. Harap2 ok la…janganlah dapat B tapi hati tetap runsing sebab tahu akan prestasi diri sendiri…nak nangis la…huhu

Banyak sangat proses sebelum final submission. Ok, here I list out the chronology…hehehe

  1. Dissertation submission on 25 October 2010. Tapi hantar on 26 October. Reasons…??buat last minit and nak print banyak kot…3 copies…memang tak sempat. Nasib baik akak kat office baik hati. Tapi report tersangatlah hampeh!!! with typo errors, writing yang tak seberapa…and I knew akan kena hentam teruk masa viva nanti…huhuhu
  2. Viva, 12 November 2010. I was the first presenter. Memang cuak…tapi sempat lagi mengantuk…hahaha. Banyak kali menguap tunggu pukul 9 am. Sampai pukul 8 am, ok!!hohoho. Bacalah luahan hati after viva kat sini and YES memang kena hentam teruk…Huhuhu
  3. Correction after viva. The third step…buat correction untuk memuaskan hati panels. Sorang panel bagi minor correction, sorang lagi bagi major correction. So end up, I did a major correction. Totally ubah and tambah banyak…then kena print lagi, tunjuk kat panels…kalau tak tunjuk, tak dapat signatures mereka…
  4. Correction after correction. Ada benda yang dikomen oleh panel. So kena betulkan lagi…
  5. English check. This thing my supervisor yang suruh. Students lain tak kena pun. Lucky that one panel doesn’t wrote anything on the report. So tak perlu print semua semula. Just print yang tambah sikit2 je. Thanks to my father and Ija, who drove me to INTEC to submit and collect the report.
  6. Editing after English check. Lucky me that do not need to do lots of amendments. So meaning that my English not that bad laa…hahahaha.
  7. Plagiarism check. Haaa kena buat tau…jangan main2…U lain kena buat tak…?fakulti lain kena buat tak…?bagitau sikit…I have to upload to turnitin (turn-it-in) software. Then the supervisor will check the percentage (bukan supervisor yang buat. Saya yang buat sendiri sebab supervisor sendiri bagi permission untuk check :P). Untuk lulus, kena less than 50% tau.
  8. The final submission. And it was yesterday…Alhamdulillah dah hantar. Tinggal nak tau grade je…huhuhu

Very long process, right…tapi nak buat camne…terpaksalah ikut…

Duit pun banyak dah keluar gara2 dissertation ni…huhuhu. Around RM500++ kot…yela, ink printer je dah RM120 for black and colour. Bukan beli sekali, tapi berkali-kali…kertas A4 lagi…so imagine lah untuk saya yang tak berwang ini mengharap simpati orang…sob sob…

Owh nak letak lah gambar report saya…tapi hard bound tak siap lagi…maklumlah baru hantar semalam kan…hehehe

image Hasil titik peluh sendiri…

Till now…tata titi tutu

p/s: semalam ternampak markah supervisor bagi…hahahaha. Fuhhh berdebar sunggauh rasa hati ni…