Tuesday, October 19, 2010

Sadness

 

Yes, I’m very sad right now…

I need someone…

I need a shoulder to cry on…

I need my boyfriend…

But…

He’s not here for me…

He’s busy…

He said I’m emotional…

Yes I am…in my current situation…

I feel tensed, worried and sad…

Deep down in my heart, I’m not that strong…

I cried, and cried…

Hoping it could ease my feelings…

But it seems like doesn’t work…

Blank head, blank mind…

Ya Allah…do guide me and show me the way…

Do protect my family…

Do protect Ibu from her illness that she suffered yesterday…

I love her soooo much!!!

Monday, August 23, 2010

Perangai Manusia

Alhamdulillah Stage 2 of my dissertation has done. Penat bekerja keras last Saturday buat concreting. Dah lama tak main dengan concrete ni. Habis baju,kasut kena concrete…Takpelah, nak grad punya pasal…huhuhu.

Ok berbalik pada tajuk asal, nak cerita la seorang hamba Allah ni…Actually lab technician. Bengang gile dengan dia. Memang perangai cam haram je. At first tak tau apa salah me and my friend kat dia. Dengan orang lain, perghh sikit punya baik. Tapi dengan kitorang, semua la tak kena. Kalau mintak barang, ada jela jawapan dia…Gaya tak nak bagi kitorang pinjam. End up, banyak barang yang kitorang beli sendiri. Sakit hati punya pasal kan…taulah research kitorang ni under grant, tapi tak boleh la buat camtu…apa ingat aku ni cop duit ke???study ni pun parents tanggung. Hampeh gile…Seriously his attitude really annoying. Ingatkan me and my friend je yang perasan, tapi student undergrad bawah kitorang pun perasan.

And last Saturday, free je kena maki dengan aku and free2 je aku dapat dosa mencarut. Sorang technician ni suruh mintak silicone kt technician ni sebab dia nak pegi somewhere. So we asked degree student mintak la kat dia. Ada ke patut dia bole cakap, “Awak kan ada peruntukan, pegi la beli sendiri”…mangkuk ayun betol. Memang menyirap je aku dengar. Tu yang kena maki…budus!!! Orang mintak elok2 kot…tak payah la nak jawab camtu…

Selesai semua keja tu sampai malam, at last tau la nape dia bengang dengan kitorang…Mengikut cerita dia, mula2 our supervisor and co-supervisor deal dengan dia and another technician. Bila dorang ni deal dengan technicians tu, dorang akan dapat upah la…bahasa mudah ialah DUIT. Then entah macam mana, our supervisors pegi deal dengan technician lain kat lab sebelah. Aduhhh, sebab tu je kot…sebab ko tak dapat job tu ko nak bengang dengan kitorang. WTF man!!!! tak pasal2 kitorang yang jadi mangsa. Dahla takde experience buat lab ni…perangai cam haram. Bak kata my boyfie, macam budak2…

Sepanjang kitorang buat lab, sikit pun dia tak tengok, tak amik tahu…lepas tu bila kena hentam dengan orang atasan, menggelabah nak salahkan orang. And buatnya masa kitorang tengah handle heavy machine, ada yang terputus jari ke, ko gak yang kena sebab tak pantau…Yang ko tau duduk dalam bilik mengadap laptop cam nak masuk dalam laptop tu, then suka suki keluar pegi mana, selalu takde kat bilik…

Lepas ni takde lagi masuk lab tu, takde lagi tengok muka dia. Suka aku. Takde la nak menyakitkan hati aku. Bulan puasa ni buat aku maki2 ko jek.Huh! Kepada tenchnician berkenaan, tolong la…korang sesama technician pun nak dengki2…konon bagi tazkirah bagai…blah la weh…huh!

Thursday, August 19, 2010

Sakit Otak…

So many things happened recently…

So many things to give a thought…

My dissertation…my relationship…hurmm…

I’m so tensed and stressed…

I cried… and cried…and cried…

Hoping that it could relief myself…

Maybe people saw me and said “She’s ok”…

But deep down in my heart, it really hurts…

It was really tiring…damn tired!!!

Hoping all those things will end soon…InsyaAllah…

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan: Day 1

Alhamdulillah…tiba lagi bulan yang diberkati pada tahun ini…dan dapat merasa lagi Ramadhan kali ni…Cepat tol masa berlalu kan…Dan cepat juga lah due nak hantar dissertation…Aaarrrggggggghhhh!!!! tension tension!!! Semoga Allah permudahkan segala urusanku…huhuhu.

Semalam 1st Ramadhan…malam sebelum tu dah masak siap2 untuk sahur…Masuk pindang jek. Then kawan goreng ayam. Ditambah dengan coleslow…complete la juadah untuk bersahur :) And that night, I slept at my friend’s room. Hahahaha. Semuanya gara2 kejadian hari tu. Since that incident, kitorang masing2 takut nak bangun. Kalau sorang tak bangun, yang lain pun tak bangun. Hahahaha…lawak2 :P

1st day puasa kena buat kerja lab. Ikat reinforcement je pun. Tapi cam penat sebab bosan. Nak sangat keluar dari lab fabrikasi tu dengan kadar segera. Sakit jiwa raga duk situ la…huhuhu. After Zohor tu, siap boleh teetidur kat lab sementara menunggu dan tengok kawan2 buat kerja. Entah apa la yang dorang bincang. Siap bersila lagi. Hahahaha. Nasib la bukan tertidur time handle heavy machine. Kalau tak, ada la yang terputus, terputus jari ke…fuhh, mintak dijauhkan la…huhuhu.

Hari Jumaat, sambung lagi buat kerja lab. Nak termuntah dah mengadap benda sama…huhuhu. Cepat la siap fabricate…then concreting pulak…Sempat ke nak complete semua ni??? Adusss, riso den…huhuhuhu. Do pray for me ok!! :)

Lastly, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita. Dah puasa, kita raya pulak…hohohoho :)

Thursday, July 29, 2010

Terrifying Moment

Date: 28 July 2010 (Wednesday)

Time: 4.45 – 5.00 am

Sungguh…tak pernah terlintas dalam fikiran akan mengalami pengalaman ni…On this morning, my rent house was broke into…Subuh pun dia berani buat kerja2 macam ni…And I was really thankful and grateful to Allah…syukur Alhamdullilah kami satu rumah tak apa2…Cuma ada yang mengalami trauma…Maklumlah bilik mereka yang dipecah masuk. Dan tak tahu macam mana, semua yang ada dalam rumah tu boleh terjaga at that moment.

Akak ni terjaga sebab nak bangun sahur. Bangun2 pelik nampak orang kat pintu bilik tengah teraba-raba cari barang. Pencuri tu suruh diam. Then adik akak ni pulak terjaga. Bayangkan selama ni adik dia punyala payah nak kejut and suddenly at that time dia bangun. Dorang sempatlah borak2 dengan pencuri tu. Yelah, orang tengah mamai baru bangun tido kan…Pencuri siap ugut nak tikam kalau jerit. Then adik akak ni jerit mintak tolong. Selamat la pencuri tu pun blah…Dorang tergamam tak tahu nak buat apa…Dorang call polis and call housemate yang lain. Yang sorang housemate ni pulak, dia terdengar orang jerit and bunyi hempas pintu…keluar bilik tengok pintu rumah terbukak. Tengok kiri kanan takde orang pun. Dia pun apa lagi, cuak lah masuk bilik balik kunci pintu bilik…huhuhu

As for myself, tak tahu la macam mana boleh mengiring ke kanan and nampak kawan tu call. Pelik lah sebab call pagi2…ingatkan tertekan ke…Then dia message kata rumah kena pecah masuk. Benda pertama yang ingat ialah TV kat luar…hahaha. Dahla duk bilik sorang2…tak tahu nak buat apa…call ibu nangis2 sebab takut. Huhuhu…At that time tak tahu pulak yang master bedroom dah dimasuk. Kitorang duk dalam bilik diam2, tunggu sampai polis datang. Even ada orang2 dari blok tu yang datang pun kitorang takut nak keluar bilik. Bila nampak ada sorang makcik baru lah keluar. By that time polis pun datang…

Syukur Alhamdulillah semuanya selamat…Dapatlah pencuri tu sebiji handphone…Tapi tak habis pulak sampai lepas buat police report…Petang tadi si pencuri pun gatal tangan pergi call nombor dalam phone tu and I was one of them. Siap dah jawab panggilan tu sebab time mamai plus pening kepala…After that baru tersedar yang tu nombor kawan tu and terus letak phone. Pencuri tu call buat sexual harassment…haihh macam2 la orang zaman sekarang ni…huhuhu.

I’m at Klang right now. Bila kat rumah ni pun still rasa takut…tak tahula keadaan dorang kat Shah Alam tu…masing2 takut nak tido…huhuhu

Ya Allah Ya Tuhan ku…lindungilah rakan2 ku…Jauhilah mereka dari mala petaka dan ancaman bahaya manusia…ammiinnnn…

p/s: Tahun 2010, umur 24 tahun…macam2 yang berlaku kat diri ni…Semoga Allah lindungiku…aminnnn…

Friday, July 16, 2010

Berhabuk

Ok, sangat lama tak update blog ni…

New semester has begin. And sangat busy semester ni…

Busy dengan kerja2 lab untuk dissertation…

Banyak yang kena buat…

Tapi…satu pun tak start lagi :(

22 formworks have to be prepared…tu belum lagi termasuk nak potong besi semua…and tak termasuk untuk casting concrete nanti…

Damn sangat cuak ok!!!

Minggu ni dah jadi cam buruh binaan…kerja potong besi…then try bend steel untuk jadi link…habis sakit kaki tangan…

Plus hidung yang tak baik2 lagi…masuk lab lagi teruk la flu ni nanti…Doktor kat Pusat Kesihatan kata selsema macam ni baik sendiri…Dahla check tonsil dari jauh jek. Memang aku banned doktor tu…huh!!! Mintak surat untuk refer ENT pun kata tak perlu…agaknya tu kali terakhir kot pegi Pusat Kesihatan. Lepas ni, kirim salam jela…

Semoga ALLAH permudahkan segala kerja hambaMu ini…berharap sangat segalanya berjalan dengan lancar…Aminnn…

 

Week 1 at lab has ended…waiting for more weeks at lab…selamat menjadi buruh binaan…huhuhuhu

Tuesday, June 29, 2010

At Last…

Dapat gak tengok movie The Karate Kid. Ye, memang lambat la dapat tengok tapi yang penting puas hati. Geram dekat en boyfie sebab dia dah tengok dulu. Huhuhu…so kenalah tengok sendiri kan. Tapi tadi bukanlah tengok sendiri pun. Tengok dengan Shikin. Dua2 pun tak tengok lagi…

Yang penting, movie tu memang best!!! Owh Jaden Smith…sungguh comel, ok…hehehe. Tak sampai hati tengok dia kena belasah. Ish cam terasa kot sakitnya kat badan sendiri.

So kepada sesiapa yang belum tengok lagi, pergi la tengok…Shikin siap nak pergi tengok lagi sekali tu. Hehehe…For me, rasa macam nak tengok lagi tapi baik tengok movie lain…Toy Story 3 ke…banyak movie kat cinema sekarang ni…cuma fulus je tak mengizinkan :(

the-karate-kid-movie-2010 Owh Jaden Smith yang comel :P

jaden-smith-karate-kid Lawan…jangan tak lawan :)

Secondly, puas hati sebab dah download theme song 8tv Showdown 2010. Puas la cari sebelum ni tapi tak jumpa. Rupa2nya lagu tu adalah lagu Black Eyed Peas. Ingatkan orang Malaysia yang nyanyi…Apa2 pun, 8tv Showdown 2010 memang best!!! Feel like you want to dance too…See how they move, fuhh memang masyuk…So don’t miss to wantch Showdown 2010 at 8tv on Wednesday, 9.30 pm. Support for local dance crews!!! :)