Dah lama tak update blog. Malam ni macam terajin pulak :P
Kali ni nak kongsi info dari pembacaan saya…"Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiaan" :)
Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika, Dr Dicks mengatakan: "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu:
- Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saa terluang.
- Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
- Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
- Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
- Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesal perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
- Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
- Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
- Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
- Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapat harumnya kebahagiaan darinya.
- Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.
Diharapkan info-info diatas dapat membantu sedikit sebanyak dalam memperoleh kebahagiaan dan membaiki kehidupan kita…InsyaAllah :)
Sumber: "Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (Dr ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni)